Tuesday, November 15, 2016

3 Tahap Ajar Anak Solat

Solat merupakan tiang agama yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu muslim. Untuk memulakan solat hendaklah bertahap dan tidak mengajarnya sekaligus supaya dapat memberikan dampak yang positif dalam jiwa anak-anak.


Mengajar solat ada tiga tahap.

PERTAMA
Dimulai dari pertama kali si anak dapat berjalan dan dapat berbicara sampai usia tujuh tahun iaitu tahap menyaksikan (memerhati). Ketika si anak memerhati kedua ibu bapanya mengerjakan solat dan dia pun menirunya. Apabila kedua ibu bapanya melatih untuk solat, maka itu adalah kebaikan berganda.

KEDUA
Tahap perintah dari usia tujuh tahun hingga usia sepuluh tahun. Kedua ibu bapa memerintahkan si anak untuk mengerjakan solat.

KETIGA
Tahap hukuman dari usia sepuluh tahun sehingga seterusnya. Dalam tahap ini ibu bapa memukul anaknya apabila tidak mengerjakan solat.


Ibu bapa hendaklah mendidik mereka berperingkat supaya dapat memiliki pengaruh yang cukup signifikan dalam jiwa anak-anak. Setiap amalan atau ibadah yang mesti dilakukan haruslah melalui beberapa tahap dan berperingkat yang  dirancangkan oleh ibu bapa dan hendaklah saling membantu untuk melaksanakannya.


Rujukan dari buku Prophetic Parenting.

#homeschooling #parenting

No comments:

Post a Comment