Wednesday, November 9, 2016

Puding Roti Bakar

Kisah Roti

Tengok roti atas meja. Alamakkk , dah nak expire. Pikir2 nak buat apa dengan roti ni.

Akhirnya keluarlah idea Puding Roti Bakar .




Kreatif tak??? (",)

Puding Roti Bakar
Bahan:
Roti (8keping)
Susu cair setin (atau boleh guna fresh milk 2gelas bersamaan 400ml)
2sb gula
2sb mentega (dicairkan)
2biji telur
Kismis

Cara:
1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda ( * ).
2. Koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan terendam dan meresap seketika.
3. Masukkan separuh kismis dan juga mentega cair .Gaul sebati.
4. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Puding roti sedap dimakan bersama kuah kastard atau aiskrim atau dimakan begitu sahaja.

Memandangkan puding ini makan bersama kuah kastad, jom kita usha resepi kuah kastad pula.

Kuah kastad
Bahan:
1tin susu cair atau 400ml fresh milk
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara:
1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing-masing)
2. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.


Sedia untuk dimakan!!!

Resepi dicedok dari www.rasa.my

*gambar tertera tidak disertakan dengan sos kastad

#dapurummuzahrah #pudingroti
#healthyfoodfromhome

No comments:

Post a Comment