Wednesday, November 9, 2016

Pasta Goreng mabeles

Alkisah boring makan nasi.

Usha dapur jumpa pasta. Teruslah cari idea nak olah pasta ni jadi makanan tengahari. Googling, facebooking, godek bahan di dapur , maka terhasillah pasta goreng. 
Fuhhh mabeles.

Jom catat resepi untuk rujukan masa hadapan. Hehe... 




Bahan:
2ulas bawang puting-cincang
1/2 bawang besar-potong kiub
1sdb sos tiram
Daging atau sosej atau ayam atau udang
Tomato-cincang (sebab puree tomato takde)
1/2 gelas susu segar
100g pasta
Garam
Lada sulah
Minyak zaitun

Cara-cara:
1. Rebus pasta bersama garam dan minyak zaitun. Kemudian toskan dan ketepikan. Air rebusan simpan untuk digunakan nanti.

2. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali. Tumiskan bawang sehingga naik bau.

3. Masukkan daging (guna daging) sehinģga masak.

4. Masukkan sos tiram, air rebusan pasta, tomato. Masak sehingga mendidih.

5. Kemudian masukkan susu, lada sulah. Susu ni nak bagi creamy. 


6. Akhir sekali masukkan pasta. Gaul sehingga sebati. Tambah susu sekiranya nak berkuah. Nak tambah sedap letak keju.


Ok siap.

Sekian terima kasih.


#dapurummuzahrah #pasta

No comments:

Post a Comment